Walaupun kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka tetapi orang ramai masih mahu memakainya di tempat-tempat tertentu seperti di kawasan tertutup dan sesak.
Ia sebagai langkah berjaga-jaga, bukan sahaja untuk mencegah COVID-19, malah untuk penyakit-penyakit lain juga.
Beberapa warga Ipoh yang ditemui mengakui, sukar untuk mereka melupakan terus pelitup muka kerana ia telah menjadi sebahagian norma baharu.